Monday, December 23, 2013

dear kaede,








happy birthday :)







love,
syairah 

Sunday, December 22, 2013

final exam sem 5 :D





macam biasa lah, bermaaf maafann hihi. kosong kosong yaaaa. doakan saya dan kawan kawan tau. may Allah ease everything. usaha kuat -stady smart -all out - tawakal.

goodluck guys :)


Wednesday, October 9, 2013

Bazaar Pra-Festival Konvokesyen UNIMAS 2013




Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Hai Warga UNIMAS sekalian,

Marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi Bazaar Pra-Festival Konvokesyen UNIMAS 2013 (Pre-ConFest'13) kita pada 17 hingga 22 Oktober 2013 ini! Beberapa aktiviti dan pertandingan akan diadakan di pentas bazaar pada masa tersebut.

Aktiviti-aktivti / Pertandingan bazaar ialah Pertandingan Ratu Bazaar Interkolej, Pertandingan Talent Show, Pertandingan Challenge Yourself, Forum Mahasiswa, Pertandingan Monster Chess, Rumah Hantu.


Butiran-butiran Bazaar Pra-Festival Konvokesyen UNIMAS 2013 seperti berikut:


Tarikh: 17-22 Oktober 2013 (Hari Khamis-Hari Selasa)
Masa: 11.00 pagi-11.00 malam
Tempat: Car Parking CTF 1


Terima kasih.




Saturday, August 3, 2013

Aku Yang Berdosa




lagu Shahir ni menikam sanubari aku malam malam mcm ni. layan~


Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu


Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu


Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku


Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku


Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu


Saturday, July 6, 2013

handphone




True Story. 


A lady has changed her habit of how she lists her names on her cell phone after her handbag was stolen. Her handbag, which contained her cell phone, credit card, wallet, etc., was stolen. 20 minutes later when she called her hubby, from a pay phone telling him what had happened, hubby says 'I received your text asking about our Pin number and I've replied a little while ago.' When they rushed down to the bank, the bank staff told them all the money was already withdrawn. The thief had actually used the stolen cell phone to text 'hubby' in the contact list and got hold of the pin number. Within 25 minutes he had withdrawn all the money from their bank account.



Moral of the lesson:

1. Do not disclose the relationship between you and the people in your contact list. Avoid using names like Home, Honey, Sweetheart, Hubby, Dad, Mum, etc.

2. And very importantly, when sensitive info is being asked through texts, CONFIRM by calling them back.

3. Also, when you're being messaged by friends or family that to meet them somewhere, Make sure to call back to confirm that the message came from them. If you are not able to reach them, then be careful about the going places to meet 'family and friends' who messaged you.



jadi apa yang boleh di jadikan pengajaran di sini kita harus lah hati hati ya.  
sumber : Facebook



Thursday, July 4, 2013

The Lone Ranger




The Lone Ranger


when i saw the trailer last week. i said i want to watch this movie. hihi hasilnya. sangat kelakar. sepanjang movie, saya bergelak ketawa. haha both movie i watch is funny today. thank you kaede :)



Despicable Me 2






hihi ingat movie ni lagi tak? haha ok despicable me yang first aku tengok lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lepas dia keluar. hehe masa tu tatau movie ni pasal apa. hehe but then bila despicable me 2 keluar. orang sibuk sibuk nak tengok. yang aku eh tak mau la tengok. hahaha sekali bila tengok trailer.. hihi ni movie favorite ni :P


hihi power! sebelum aksi lipstick taser 



superman !



kena karennnnnn ~!~!



a father n kids :)



so cuteee hahaha



ok ni masa dia meroyan. hihi jadi jahat!



ne no ne no ne no! 



last but not least hihi and i swear .. haha


okay memang best la movie ni. despicable me! hehe sgt funny. sangat cute. the minions. hihi. lagu last tak tahan tu. i swear... haha. ok kaede punya movie ni. aku ikut tengok je. hihi but i like this movie too!



so cute. last last, tengok video ni. tata :)
   




Sunday, June 30, 2013

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris




Minta dielakkanlah. saja nak share kat sini.. apa salahnya kan. tapi aku pun tada lah pakar. cuma terbaca dan share..


okay mula mula, baca Ayat Qursi 3x di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar). Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.


Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.


Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

sumber : Facebook



Friday, June 28, 2013

bersangka baik




Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :  "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :  "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):  "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):  "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :  "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :  "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan DOSA. Perkara yg belum pasti kesahihannya tak perlulah disangka keji dan negatif, kerana pastinya ditemani SYAITAN.

Sematkan ke dalam hati agar iman akan bertambah, aqidah dan akhlak juga akan terjaga. InsyaALLAH.


sumber:



Tuesday, June 25, 2013

Men of Steel






hihi dia orang cakap superman dah pandai berpakaian. jahat dia orang ni. haha. tapi aku suka yang lama lagi. yea.. aku ta open minded.. terima perubahan. I just like the things keep its ways just like that. tapi symbol S tu kan bermaksud hope? dan ini bukan cerita superman. hihi jadi ta ada masalah.. man of steel :D okay lebih kurang cite clark kent but overall.. its nice. thanks for today kaede :)



World War Z






mula mula sekali... aku tatau cite apa world war Z ni. haha lawak tapi betul. jujur. dah tengok baru aku tau ni cite zombie. siap nafikan lagi sebelum masuk tu, ta lah, bukan cite zombie. hihi biasa lah dok asrama mana ada tv. tp ada internet. maju maju haha. actually ada je iklan kat tv bila dah balik rumah ni. tapi tak nampak pun macam movie zombie? aku ta pasan kot. haha okay disebabkan baru bercuti, lalu aku pun marathon movie. hihi ni first movie aku tengok setelah sekian lama. lama ta lama juga lah hehe persoalan nya disini.. adakah virus rabies? virus apaa? aku pon tatau. jangan tanya aku. hihi another zombie movie. best :)



Tuesday, June 11, 2013

Confession #75


Makin dekat exam makin banyak la dugaan nya kan. aku dah start exam dah semalam. hihi hari ni buka fb terbaca pula Confession #75. tentang isu peperiksaan. siapa yang hantar? Pendekar Yang Berkeris. haha macam macam lah diaorang ni. tapi cerita ni kena baca.  Pendekar Yang Berkeris, saya letak kisah ni kat blog ni yaaa. hihi agak terhibur gaya penulisan dia. namun ambil lah pengajaran nya. itu yang penting :)



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai pembaca, ini adalah entri berbahasa Melayu. Terima kasih kepada UNIMAS Confessions kerana menyiarkan entri ini.

Terima kasih juga kepada para pembaca yang memberi maklum balas di ruangan komen pada entri lepas. Kredit kepada para pembaca dan para pengomen entri lepas (macam pelik aje bunyi pengomen. Oklah, tukar. Pengkomen) seperti Ali Hashim D. Malihi, Syukri Arabi, Jason Balang, Tina Dani Qama, Nazrin Ein dan Atiqah Aziz.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama bermulanya peperiksaan akhir semester di UNIMAS, “Eh, aku belum start lagilah. Paper aku hari Jumaat minggu depan,” ujar seorang mahasiswa dan dua orang mahasiswi UNIMAS secara serentak dari tangga CTF3 sambil memegang Galaxy Tab. Lantas saya pun menjawab, “Itu korang punya pasallah. Weeekkkkk...,” cerita yang ingin saya sampaikan adalah pengalaman sebenar juga. Jangan risau, cerita daripada saya semuanya benar. Kepada yang suka study overnight, sila luangkan masa. Nasihat daripada seorang abang ni tau..!!

Ceritanya bermula begini : Hari itu, hari Khamis. Hari terakhir dan kertas yang terakhir bagi semua jenis peperiksaan yang ada di UNIMAS. Macam biasa, sebagai seorang student yang cekal, tabah, hebat, baik hati, simpati, rajin belajar di saat-saat akhir dan mampu mengharungi segala cabaran yang mendatang, bermula sepanjang study week, saya amalkan gaya kehidupan “TITILAM” yang bermaksud TIDAK TIDUR MALAM. Lepas Subuh, baru tidur. Normallah kan. Hari ini pun, saya bangun jam 11.30 pagi.

Berbalik kepada gaya kehidupan TITILAM itu, hari Khamis itu, jam 12.00 am, sudah pasti mata saya masih segar terbuka mesra umpama puputan bayu yang menitis lembut ke daun hijau. (Budak FIT, FSTS dan FK mesti tak faham bahasa-bahasa puitis ini. Tak ape, skip aje.) Jadi, saya belajar punya belajar, hafal punya hafal, tulis punya tulis, (tetiba lapar -> keluar bilik -> nak masak Maggi -> Maggi habis -> ketuk bilik member -> buat muka kesian -> “Bro, nak pinjam Maggi boleh?” (mata dikebil-kebilkan supaya nampak sedikit comel macam Ruminah Sidek masa dia muda-muda dulu. Hoi..Ruminah Sidek masa muda-muda dulu seksi tau. Selalu berkemban time mandi) -> dan Maggi dimasak dan dimakan sehingga habis.) Lepas makan Maggi, saya tengok balik nota-nota penulisan saya. Tentulah saya faham kerana saya menulis menggunakan suku kata yang boleh dibaca dan difahami. Bukan macam budak-budak sekarang. Kalau ayat “Epistermologi adalah persoalan tentang apa yang harus diketahui dan bagaimana cara kita mengetahuinya?”, maybe kalau budak-budak sekarang mereka akan tulisnya menjadi, “Euwpiesythermourlouygiez qdqlqhwq prsouwqellanewzn......” Argghhh..mengarut..tak mampu dan tak pandai aku nak tulis bahasa Israel mereka itu.

Selepas membaca nota itu dengan tekun tanpa sebarang gangguan, telefon milik saya mula memaparkan dan mendendangkan bunyi jam loceng, menandakan sudah pukul 5. Saya pun siap-siap untuk solat Subuh. Selepas itu, saya kembali duduk di kerusi dan meja. Saya memandang nota sekali lagi. Alhamdulillah, segala-galanya jelas berada dalam otak. (Masa itu ajelah. Sekarang kalau tanya saya, mana ingat apa-apa lagi dah. Maklumlah, pembelajaran berasaskan peperiksaan.) Saya main game Prototype 2 bagi mengelakkan bosan dan mengantuk sementara menunggu jam 7 pagi. Hal ini demikian kerana peperiksaaan terakhir saya di hari yang terakhir itu akan bermula tepat jam 8 pagi.

Dalam usaha saya bertungkus lumus bermain game itu, tiba-tiba saya rasa mahu ke tandas, bukan nak kencing atau beraklah. Amboi, sebut pasal tandas terus fikir pasal ini. Ish mentaliti, very tipical Malaysian. Haha..saya nak pergi ambik sabun, tertinggal. Selepas itu, ketika saya melangkah masuk ke bilik sekali lagi entah buat kali ke berapa, saya pun tidak tahu, rasa macam banyak aje, saya melihat sekeping nota saya jatuh ke lantai. Saya letak sabun ditempat yang sepatutnya. Saya capai nota itu dan duduk dibirai katil. Saya mengesot ke belakang dan berdasar di dinding. “Ah, baring kejaplah,” ujar saya pada ketika itu. Mata saya tertumpu pada nota itu.

Burung-burung berkicauan. Matahari mula gagah mencahayakan dirinya. Saya tersentak. Ada ketukan kuat berkali-kali menerjah tingkap bilik saya. Saya buka tingkap dan jengah ke luar, saya nampak sahabat saya. Hanya dengan berkain pelikat dan berbaju, dia berdiri lesu dengan muka baru bangun tidur. Saya tanya, “Kenapa?” Dia mengajukan soalan kembali kepada saya, “Kau pergi exam tak?” Saya jawablah, “Pergilah. Kenapa tanya macam tu?”

“Cuba tengok jam sekarang pukul berapa?” dia ajukan soalan lagi.

“8.40 pagi. Hoiii..dah lewat doe. Dalam 8.40 pagi dah ni. Macammana ni?? Argghh..!!”

“Kau tengok jam tu betul-betul.”

“Betullah jam dah pukul 8..errrr..9.40 pagi. Bapak ar dia sial. Cibai. Apsal aku tertidur ni? Argghh.. Oh..shitt..” Saya menggaru-garu kepala. (Maaf, carutan itu sengaja digunakan bagi menggambarkan situasi cemas yang sebenar. Anda dilarang guna untuk tujuan penulisan ilmiah dan juga mengajar kanak-kanak di bawah umur. Hoi..exam kami habis pukul 10 pagi tau tak? Apa ke gile 9.40 pagi baru bangun?)

Terbeliak mata. Saya pandang dia, dia pandang saya. Last payyyperrrrr...!!!! Apa tindakan anda? Haha.. Hah, giler kan? Last paper, last day. Esok balik semenanjung. Cuti sampai bulan 9. Apa tindakan anda? Hah..buntu kan? Samalah..blur, bengong, masuk air semua ada masa itu. Tak pernah berlaku kan. Jadi saya cakap aje kat sahabat saya itu, “Bro, jom ar. Kita mandi ajelah. Gasaklah apa nak jadi, jadilah. Daripada kita duduk sini, apa pun tak jadi. Jom, kita siap-siap. Cepat sikitlah sebelum exam habis.”

Exam kat DeTAR. Dari kolej tu bermarathon (jalan laju) sampai berpeluh-peluh. Dalam perjalanan terserempak dengan coursemate yang lain. “Eh, kau nak pergi mana?” Mereka bertanya, “Aku nak pergi ambik fail aku jap. Tertinggal kat sana.” Alasan pertama. Jumpa lagi dengan yang lain, “Kau ambik exam tak? Apsal muka baru bangun tidur?” Yang lain pula bertanya. “Gile kau tak ambik exam, aku keluar awallah tadi.” Ya Allah, bengang woooooo... umpama pisau belati menghiris kalbu.

Sampai aje kat DeTAR, saya jumpa dengan pengawas peperiksaan. Saya cakaplah, kami terlambat. Baru bangun tidur dan terus bergegas ke sini. Normallah, dia jawab, “Itu awak punya masalah. Lewat 30 minit dilarang ambik exam. Jelaskan dengan peraturannya?” Terkelu lidah. Otak still berpusing-pusing lagi mencari idea. Maklumlah, carrymark tidak seberapa.

“Apa kata kita terus jumpa lecture?” saya memberi cadangan.

“Dia ada ke kat bilik dia?” tanya sahabat saya itu.

“Kalau kat sini muka dia tak ada, kita doa-doa ajelah. Harap-harap dia ada kat bilik dia.”

Kami berdua bergegas ke bilik dia. Terjumpa balik dengan coursemate yang pertama tadi, “Ada tak failnya?” Saya gosok-gosok muka, “Entah, dah hilang kot. Biarlah.”

Sampai di fakulti, terus tekan lif. 5 saat berlalu. Ah, lambat. Terus meluru naik tangga. Dengan mengah-mengah, akhirnya sampai di depan pintu bilik pensyarah. Saya ketuk dan suara dari dalam, “Coming.”

Saya melangkah masuk dan diekori sahabat saya itu. “Puan, kami ada sedikit masalah.”
“Apa dia?”

“Kami sebenarnya terlewat bangun tidur. 9.40 pagi baru terjaga.”

“Both of you?”

Saya dan dia angguk kepala aje. Terdiam dan mula berlakon buat muka sedih. Eyemore aje tak de. Kalau tak, heh, memang drama air mata kat situ. Panjang lebar jugak dia membebel. Saya pekakkan telinganya ajelah. Asalnya dia memang tak nak bagi kami ambik exam sebab kesalahan sendiri. Dia suruh repeat semester depan. Saya pun tanya kalau nak repeat semester depan, kena bayar berapa? Dia diam. Dia fikir sesuatu mungkin.

“Ok, awak berdua tulis nama dan nombor matrik kat sini. Ini saya bagi peluang. Lain kali jangan buat hal yang sama untuk kos-kos lain. Awak berdua duduk dalam bilik saya ni aje. Selepas semua kertas sampai kat saya, baru awak berdua boleh ambik exam.”

Alhamdulillah, dalam hati syukur sangat-sangat tapi..tapi..tapi..muka still berlakon pura-pura sedih dan menyesal. Tak lama lepas tu, ada seorang lagi ketuk pintu bilik dia. Seorang budak international masuk, budak Kanada. Pensyarah aku ni macam dah tahu-tahu aje.

“What happen to you? Didn’t taken the final paper too?”

“I didn’t say anything yet. How do you know?”

“I know. Come join the club.”

Ingatkan kami berdua aje yang terlewat rupanya ada lagi seorang. Haha.. Lebih kurang pukul 1.30 tengahari macam tu baru kami dibenarkan ambik exam. Yelah, lepas kuarantin. Lapar weh. Dahlah dengan tak makan tapi..tapi..tapi..alhamdulillah, setiap perkara yang saya baca, catat dan hafal itu terkeluar dan akhirnya saya lulus kos itu.

#Tidur itu amat penting sebelum menduduki peperiksaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------



nahh kan dah cakap. hihi selamat menghadapi peperiksaan !
sumber :  Confession #75

Sunday, June 9, 2013

final exam is here !









bersedia untuk berjuang esok. all the best kawan kawan ! semoga menjawab dengan tenang. doakan kejayaan kita bersama. amin.





Sunday, June 2, 2013

study week



dia menjelma lagi. hihi menandakan dah na habis sem.. and exam just around the corner.. alahai.. terasa nak pulang ke istana peraduan nan jauh di mata tapi apakan daya.. bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. jadi cayok! habiskan semua chapter, smua subject.. 

selamat buat revision smua ^_^


Friday, May 24, 2013

Pocahontas



stress dengan project, game la pengubatnya. when I was a young girl, i like fairy tales. siapa yang ta suka kan.. masa tu teringin sangat na main game Sega, Pocahontas tapi ta pandai. sedih kan? hehe but now, dah muda remaja ni.. hahaha yes. berjaya juga. tercapai juga. hihi. 

Saja try google.. ada 4 episode rupanya. kira macam level dia la ni.. nak tau lanjut? main la. hehe rujuk page ni (Click here - Pocahontas)


Jangan kata nak youtube step photoshop je ada, step main game pocahontas pun ada haha
Episode 1 (Click here - youtube) 
Episode 2 (Click here - youtube
Episode 3 (Click here - youtube

Cheat jangan cakap la.. nahh (Click here - Passwords) Tapi aku ta guna tauuu. aku google je. haha


Dan akhirnya pada 8.55pm aku berjaya. Agak childish tapi impian aku masa kecik tercapai :D




Monday, May 13, 2013

Konvensyen Wanita Anggun (KWA '13)




interested to join?

18 - 19 May 2013
organized by Sakura Collage UNIMAS

please visit our Facebook, Konvensyen Wanita Anggun (KWA '13) 





Wednesday, February 27, 2013

Monday, February 18, 2013

ta mau g kelas?



nahhh




hihi ini adalah gurauan semata. jangan ada yang buat betul-betul sudahh :D

Sunday, February 17, 2013

celcom mms setting




I'm using maxis..
but I am celcom user too :D

ta tau nak setting MMS untuk celcom ni. aku guna sony ericsson w880i. dulu pernah ada setting MMS tapi bila da tukar nset dia jadi ta mau.. aku pun try la *118# tapi tetap ta reti.. apa lagi. mr.Google la. hehe step-stepnya...


  1. Directly go to Celcom : Phone Settings. read and follow the instruction.

  2. or

  3. via SMS. send SET to 20999 and follow the instruction


pesanan penaja:
This online service is NOT AVAILABLE for Blackberry, iPhone and selected WinMob and Android as settings are automatically configured by the device

hihi selamat mencubaa :D



Thursday, February 14, 2013

Journey to the West






kalau minat cerita cina sesuai la tengok ni. hehe lawak pun lawak. paling best sebab Shu Qi jadi heroin nya hahaha tapi ending ta bersatu.. setiap cerita mesti la berlainan ending kan? hihi done marathon movie today :)



A Good Day to Die Hard






like father like son 

suka ayat tu. nak pula memang sama macam mana ayahnya macam tu lah anak nya kann! ha pengajaran? nampak je seseorang tu macam ta bersalah tapi... tengok, lebih jahat rupanya. ish ish hehe ok ini action movie yang best :)




Sunday, February 10, 2013

how to put MP3 file as Notification for samsung w




panjangnye tajuk entry aku.. hee niat baik ni, na share!



dunia semakin maju. manusia? ada yang maju, ada yang masih di tahap yang sama. contohnya aku. hahaha walaupun aku dalam bidang IT tapi ta semua aku tau. after 4 bulan guna samsung galaxy w.. 4 bulan? what? hahaha rasa dah lama hihi ok aku pun saja try tanya mr.Google.. 



"how to put MP3 file as Notification for samsung w"



mulanya aku usha dulu.. last last ini yang terbaik. kot? hehe harap dapat membantu, kongsi dengan orang lain. nahh. step-step nyaa..

  1. go to Applications

  2. select My files

  3. open Media folder

  4. open audio folder

  5. notifications ..jadi la begini..

    /sdcard/media/audio


  6. move your new song here



  7. check at Setting, Notification


    notification available:


  8. Choose new mp3 notification... yeahh done!



alkisahnya.. bila aku tanya pada user lama samsung w, dia orang jawab ta pasti. . pernah juga aku tanya kat orang kedai aku beli tu... dia sendiri ta tahu..  the best way, google it! 


untuk : sumber asal 




Thursday, February 7, 2013

Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit





best. suka. bergelak ketawa haha anda patut lihatnya ~
had so much fun so much love with kaede, myra yat and last but not least wawa :)





Sunday, January 27, 2013

Banduan 650




adakah wujud perkara sebegini? atau.. kita yang masih hidup dalam dunia indah ciptaan sendiri? bila jadi isu isu macam ni.. risau. macam mana kalau terjadi dekat saudara kita? diri kita? sapa pula nak bela? hmm sekadar berkongsi. she is beautiful in young age.. kesian nya.


Infomasi Sebenar Politik Dunia : "Banduan 650"
The Nation : US federal court dismisses Dr Aafia Siddiqui appeal plea


Saturday, January 26, 2013

Juvana 2013

dalam ta mahu tengok.. hasilnya...






kerana ekin. hanya kerana ekin. kami tengok movie ni haha. terima kasih sebab sanggup turun dari jauh. kami hargai pengorbanan ko. persahabatan tanpa mengenal jarak. haha bukan hanya ada cinta jarak jauh. hehe yea. apa yang kita mahu ta semestinya kita akan dapat kan? persahabatan. fikir lah..



Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya


Thursday, January 24, 2013

hansel and gretel : witch hunters





witcher?

 hehe best! tengok berdua je dengan eta. fuhh memang terbaik
hari ni reunion ta menjadi aku dan beberapa orang gadis exclassmate puo
hehe apa pun seronok jumpa dan sembang dengan korang, take care!






Wednesday, January 23, 2013

The Tower





sweet 
sad 
kind-hearted movie


persoalannya.. 
orang kaya, kenamaan adakah memang selalu begitu walau hanya dalam sebuah filem ?




Sunday, January 20, 2013

Saturday, January 19, 2013

s a h a b a t

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia ♥~



hihi penangan tengok maharajalawakmega - Jozan