Sunday, June 30, 2013

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris




Minta dielakkanlah. saja nak share kat sini.. apa salahnya kan. tapi aku pun tada lah pakar. cuma terbaca dan share..


okay mula mula, baca Ayat Qursi 3x di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar). Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.


Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.


Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

sumber : Facebook



Friday, June 28, 2013

bersangka baik




Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :  "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :  "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):  "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):  "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :  "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :  "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan DOSA. Perkara yg belum pasti kesahihannya tak perlulah disangka keji dan negatif, kerana pastinya ditemani SYAITAN.

Sematkan ke dalam hati agar iman akan bertambah, aqidah dan akhlak juga akan terjaga. InsyaALLAH.


sumber:



Tuesday, June 25, 2013

Men of Steel






hihi dia orang cakap superman dah pandai berpakaian. jahat dia orang ni. haha. tapi aku suka yang lama lagi. yea.. aku ta open minded.. terima perubahan. I just like the things keep its ways just like that. tapi symbol S tu kan bermaksud hope? dan ini bukan cerita superman. hihi jadi ta ada masalah.. man of steel :D okay lebih kurang cite clark kent but overall.. its nice. thanks for today kaede :)



World War Z






mula mula sekali... aku tatau cite apa world war Z ni. haha lawak tapi betul. jujur. dah tengok baru aku tau ni cite zombie. siap nafikan lagi sebelum masuk tu, ta lah, bukan cite zombie. hihi biasa lah dok asrama mana ada tv. tp ada internet. maju maju haha. actually ada je iklan kat tv bila dah balik rumah ni. tapi tak nampak pun macam movie zombie? aku ta pasan kot. haha okay disebabkan baru bercuti, lalu aku pun marathon movie. hihi ni first movie aku tengok setelah sekian lama. lama ta lama juga lah hehe persoalan nya disini.. adakah virus rabies? virus apaa? aku pon tatau. jangan tanya aku. hihi another zombie movie. best :)



Tuesday, June 11, 2013

Confession #75


Makin dekat exam makin banyak la dugaan nya kan. aku dah start exam dah semalam. hihi hari ni buka fb terbaca pula Confession #75. tentang isu peperiksaan. siapa yang hantar? Pendekar Yang Berkeris. haha macam macam lah diaorang ni. tapi cerita ni kena baca.  Pendekar Yang Berkeris, saya letak kisah ni kat blog ni yaaa. hihi agak terhibur gaya penulisan dia. namun ambil lah pengajaran nya. itu yang penting :)



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai pembaca, ini adalah entri berbahasa Melayu. Terima kasih kepada UNIMAS Confessions kerana menyiarkan entri ini.

Terima kasih juga kepada para pembaca yang memberi maklum balas di ruangan komen pada entri lepas. Kredit kepada para pembaca dan para pengomen entri lepas (macam pelik aje bunyi pengomen. Oklah, tukar. Pengkomen) seperti Ali Hashim D. Malihi, Syukri Arabi, Jason Balang, Tina Dani Qama, Nazrin Ein dan Atiqah Aziz.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama bermulanya peperiksaan akhir semester di UNIMAS, “Eh, aku belum start lagilah. Paper aku hari Jumaat minggu depan,” ujar seorang mahasiswa dan dua orang mahasiswi UNIMAS secara serentak dari tangga CTF3 sambil memegang Galaxy Tab. Lantas saya pun menjawab, “Itu korang punya pasallah. Weeekkkkk...,” cerita yang ingin saya sampaikan adalah pengalaman sebenar juga. Jangan risau, cerita daripada saya semuanya benar. Kepada yang suka study overnight, sila luangkan masa. Nasihat daripada seorang abang ni tau..!!

Ceritanya bermula begini : Hari itu, hari Khamis. Hari terakhir dan kertas yang terakhir bagi semua jenis peperiksaan yang ada di UNIMAS. Macam biasa, sebagai seorang student yang cekal, tabah, hebat, baik hati, simpati, rajin belajar di saat-saat akhir dan mampu mengharungi segala cabaran yang mendatang, bermula sepanjang study week, saya amalkan gaya kehidupan “TITILAM” yang bermaksud TIDAK TIDUR MALAM. Lepas Subuh, baru tidur. Normallah kan. Hari ini pun, saya bangun jam 11.30 pagi.

Berbalik kepada gaya kehidupan TITILAM itu, hari Khamis itu, jam 12.00 am, sudah pasti mata saya masih segar terbuka mesra umpama puputan bayu yang menitis lembut ke daun hijau. (Budak FIT, FSTS dan FK mesti tak faham bahasa-bahasa puitis ini. Tak ape, skip aje.) Jadi, saya belajar punya belajar, hafal punya hafal, tulis punya tulis, (tetiba lapar -> keluar bilik -> nak masak Maggi -> Maggi habis -> ketuk bilik member -> buat muka kesian -> “Bro, nak pinjam Maggi boleh?” (mata dikebil-kebilkan supaya nampak sedikit comel macam Ruminah Sidek masa dia muda-muda dulu. Hoi..Ruminah Sidek masa muda-muda dulu seksi tau. Selalu berkemban time mandi) -> dan Maggi dimasak dan dimakan sehingga habis.) Lepas makan Maggi, saya tengok balik nota-nota penulisan saya. Tentulah saya faham kerana saya menulis menggunakan suku kata yang boleh dibaca dan difahami. Bukan macam budak-budak sekarang. Kalau ayat “Epistermologi adalah persoalan tentang apa yang harus diketahui dan bagaimana cara kita mengetahuinya?”, maybe kalau budak-budak sekarang mereka akan tulisnya menjadi, “Euwpiesythermourlouygiez qdqlqhwq prsouwqellanewzn......” Argghhh..mengarut..tak mampu dan tak pandai aku nak tulis bahasa Israel mereka itu.

Selepas membaca nota itu dengan tekun tanpa sebarang gangguan, telefon milik saya mula memaparkan dan mendendangkan bunyi jam loceng, menandakan sudah pukul 5. Saya pun siap-siap untuk solat Subuh. Selepas itu, saya kembali duduk di kerusi dan meja. Saya memandang nota sekali lagi. Alhamdulillah, segala-galanya jelas berada dalam otak. (Masa itu ajelah. Sekarang kalau tanya saya, mana ingat apa-apa lagi dah. Maklumlah, pembelajaran berasaskan peperiksaan.) Saya main game Prototype 2 bagi mengelakkan bosan dan mengantuk sementara menunggu jam 7 pagi. Hal ini demikian kerana peperiksaaan terakhir saya di hari yang terakhir itu akan bermula tepat jam 8 pagi.

Dalam usaha saya bertungkus lumus bermain game itu, tiba-tiba saya rasa mahu ke tandas, bukan nak kencing atau beraklah. Amboi, sebut pasal tandas terus fikir pasal ini. Ish mentaliti, very tipical Malaysian. Haha..saya nak pergi ambik sabun, tertinggal. Selepas itu, ketika saya melangkah masuk ke bilik sekali lagi entah buat kali ke berapa, saya pun tidak tahu, rasa macam banyak aje, saya melihat sekeping nota saya jatuh ke lantai. Saya letak sabun ditempat yang sepatutnya. Saya capai nota itu dan duduk dibirai katil. Saya mengesot ke belakang dan berdasar di dinding. “Ah, baring kejaplah,” ujar saya pada ketika itu. Mata saya tertumpu pada nota itu.

Burung-burung berkicauan. Matahari mula gagah mencahayakan dirinya. Saya tersentak. Ada ketukan kuat berkali-kali menerjah tingkap bilik saya. Saya buka tingkap dan jengah ke luar, saya nampak sahabat saya. Hanya dengan berkain pelikat dan berbaju, dia berdiri lesu dengan muka baru bangun tidur. Saya tanya, “Kenapa?” Dia mengajukan soalan kembali kepada saya, “Kau pergi exam tak?” Saya jawablah, “Pergilah. Kenapa tanya macam tu?”

“Cuba tengok jam sekarang pukul berapa?” dia ajukan soalan lagi.

“8.40 pagi. Hoiii..dah lewat doe. Dalam 8.40 pagi dah ni. Macammana ni?? Argghh..!!”

“Kau tengok jam tu betul-betul.”

“Betullah jam dah pukul 8..errrr..9.40 pagi. Bapak ar dia sial. Cibai. Apsal aku tertidur ni? Argghh.. Oh..shitt..” Saya menggaru-garu kepala. (Maaf, carutan itu sengaja digunakan bagi menggambarkan situasi cemas yang sebenar. Anda dilarang guna untuk tujuan penulisan ilmiah dan juga mengajar kanak-kanak di bawah umur. Hoi..exam kami habis pukul 10 pagi tau tak? Apa ke gile 9.40 pagi baru bangun?)

Terbeliak mata. Saya pandang dia, dia pandang saya. Last payyyperrrrr...!!!! Apa tindakan anda? Haha.. Hah, giler kan? Last paper, last day. Esok balik semenanjung. Cuti sampai bulan 9. Apa tindakan anda? Hah..buntu kan? Samalah..blur, bengong, masuk air semua ada masa itu. Tak pernah berlaku kan. Jadi saya cakap aje kat sahabat saya itu, “Bro, jom ar. Kita mandi ajelah. Gasaklah apa nak jadi, jadilah. Daripada kita duduk sini, apa pun tak jadi. Jom, kita siap-siap. Cepat sikitlah sebelum exam habis.”

Exam kat DeTAR. Dari kolej tu bermarathon (jalan laju) sampai berpeluh-peluh. Dalam perjalanan terserempak dengan coursemate yang lain. “Eh, kau nak pergi mana?” Mereka bertanya, “Aku nak pergi ambik fail aku jap. Tertinggal kat sana.” Alasan pertama. Jumpa lagi dengan yang lain, “Kau ambik exam tak? Apsal muka baru bangun tidur?” Yang lain pula bertanya. “Gile kau tak ambik exam, aku keluar awallah tadi.” Ya Allah, bengang woooooo... umpama pisau belati menghiris kalbu.

Sampai aje kat DeTAR, saya jumpa dengan pengawas peperiksaan. Saya cakaplah, kami terlambat. Baru bangun tidur dan terus bergegas ke sini. Normallah, dia jawab, “Itu awak punya masalah. Lewat 30 minit dilarang ambik exam. Jelaskan dengan peraturannya?” Terkelu lidah. Otak still berpusing-pusing lagi mencari idea. Maklumlah, carrymark tidak seberapa.

“Apa kata kita terus jumpa lecture?” saya memberi cadangan.

“Dia ada ke kat bilik dia?” tanya sahabat saya itu.

“Kalau kat sini muka dia tak ada, kita doa-doa ajelah. Harap-harap dia ada kat bilik dia.”

Kami berdua bergegas ke bilik dia. Terjumpa balik dengan coursemate yang pertama tadi, “Ada tak failnya?” Saya gosok-gosok muka, “Entah, dah hilang kot. Biarlah.”

Sampai di fakulti, terus tekan lif. 5 saat berlalu. Ah, lambat. Terus meluru naik tangga. Dengan mengah-mengah, akhirnya sampai di depan pintu bilik pensyarah. Saya ketuk dan suara dari dalam, “Coming.”

Saya melangkah masuk dan diekori sahabat saya itu. “Puan, kami ada sedikit masalah.”
“Apa dia?”

“Kami sebenarnya terlewat bangun tidur. 9.40 pagi baru terjaga.”

“Both of you?”

Saya dan dia angguk kepala aje. Terdiam dan mula berlakon buat muka sedih. Eyemore aje tak de. Kalau tak, heh, memang drama air mata kat situ. Panjang lebar jugak dia membebel. Saya pekakkan telinganya ajelah. Asalnya dia memang tak nak bagi kami ambik exam sebab kesalahan sendiri. Dia suruh repeat semester depan. Saya pun tanya kalau nak repeat semester depan, kena bayar berapa? Dia diam. Dia fikir sesuatu mungkin.

“Ok, awak berdua tulis nama dan nombor matrik kat sini. Ini saya bagi peluang. Lain kali jangan buat hal yang sama untuk kos-kos lain. Awak berdua duduk dalam bilik saya ni aje. Selepas semua kertas sampai kat saya, baru awak berdua boleh ambik exam.”

Alhamdulillah, dalam hati syukur sangat-sangat tapi..tapi..tapi..muka still berlakon pura-pura sedih dan menyesal. Tak lama lepas tu, ada seorang lagi ketuk pintu bilik dia. Seorang budak international masuk, budak Kanada. Pensyarah aku ni macam dah tahu-tahu aje.

“What happen to you? Didn’t taken the final paper too?”

“I didn’t say anything yet. How do you know?”

“I know. Come join the club.”

Ingatkan kami berdua aje yang terlewat rupanya ada lagi seorang. Haha.. Lebih kurang pukul 1.30 tengahari macam tu baru kami dibenarkan ambik exam. Yelah, lepas kuarantin. Lapar weh. Dahlah dengan tak makan tapi..tapi..tapi..alhamdulillah, setiap perkara yang saya baca, catat dan hafal itu terkeluar dan akhirnya saya lulus kos itu.

#Tidur itu amat penting sebelum menduduki peperiksaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------



nahh kan dah cakap. hihi selamat menghadapi peperiksaan !
sumber :  Confession #75

Sunday, June 9, 2013

final exam is here !









bersedia untuk berjuang esok. all the best kawan kawan ! semoga menjawab dengan tenang. doakan kejayaan kita bersama. amin.





Sunday, June 2, 2013

study week



dia menjelma lagi. hihi menandakan dah na habis sem.. and exam just around the corner.. alahai.. terasa nak pulang ke istana peraduan nan jauh di mata tapi apakan daya.. bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. jadi cayok! habiskan semua chapter, smua subject.. 

selamat buat revision smua ^_^